Monday, 25 August 2014

Oilseeds VS Make up Remover

Hai uoollss..


Hari ni nak share sikit pasal masalah kat mata :) Masalah ni  berlaku sendiri pada kakak mel. Pernah dengar oil seed? macam bijik-bijik kat mata yang warna putih tu.. macam jerawat tapi tak sakit. Dan yang paling tak best pasal oil seed ialah ia mencacatkan rupa kita..kalau ada muka cantik pon, rasa tak bermakna kalau muka dah tumbuh oilseed. Ok tengok sikit oilseed kat bawah ni.

oilseed

mel ambil gambar ni kat internet je

Tengok biji-biji ni..memang sakit hati rasa macam tak nak tengok muka sndiri dah! Kalau tumbuh biji-biji ni kat muka boleh cucuk tak? hehehe.
Ok, kita review sket pasal oilseed.
 
Macam kutil atau jerawat yang telah tersejat di dalam kulit. 
Tidak ada mata seperti jerawat biasa. 
 Tidak boleh dipicit sebab kemungkinan akan tumbuh semula.
 Berada di sekitar mata (kawasan kulit nipis). 
  Tumbuh apabila lapisan kulit di bahagian dalam epidermis bersifat berminyak manakala bahagian luar kulit adalah kering. 
Faktor pemakanan juga menyumbang kepada pembentukan oilseed (makanan berminyak)

 Mel ada baca juga pasal oilseed nih. Sebab biji-biji ni tumbuh ialah mungkin cholestrol dalam badan tinggi. Tapi yang mel pasti, sebab oilseed ni tumbuh ialah berpunca daripada  pemakaian  skin care yang mempunyai kandungan minyak yang tinggi.Mel pernah nampak kakak mel pakai baby oil untuk buang mekap.. even kawan-kawan mel pon.. even mel pon pernah. Dulu masa belajar mana ade duit nak beli make up remover. Makan pon megi je. Memang takde bajet nak jaga muka. Guna yang murah je. 
Bila umur dah meningkat, ini lah akibatnya. Bile oilseeds dah tumbuh menyesal pulak rasanya tak jaga muka elok-elok dulu.. hehehe.

Cuba bayangkan.. Siang kita dah pakai mekap..Lepas tu, da petang, balik kerja, pakai babyoil untuk hilangkan mekap kan. Then kita cuci muka. Konon dah bersih la? Rasa dah suci la muka tu?
Hampeh.. Ingat nak hilangkan minyak senang ke? Belum tentu pencuci yang kita guna tu boleh hilangkan 100% minyak tu. Minyak tu masuk pores taw, then esok masuk lagi, lusa tambah lagi. Bila dah banyak, ko fikir muka ko tahan ke nak simpan minyak tu lame-lame?
Orang goreng ikan pon, tukar minyak bila dah guna banyak kali.Mane boleh simpan lagi minyak tuh..
Macam tu jugak la muka kita ni..mana boleh simpan minyak lama-lama kat muka. Bila kulit muka dah merajuk, mula la dia buat perangai. Dia bagi oilseed sikit dekat muka ko..Rasa kan!
 Errr..takmau2

 Malu tak bile ada oilseed? Baru je berangan-angan nak muka sehalus baby.  Tu yang pakai baby oil tu. hehehe.. Bila ada oilseed ni memang malu, rasa kurang cantik, cover muka  dengan concealer, tak boleh jadi cover girl (ada hati .. puihhh..) 

Ok.. sekarang ni tengok balik ape skincare yang korang pakai. Cek satu per satu. 

"Prevention better than cure"

make up remover
pencuci muka
toner 

Sila guna oil-free make up remover yang tidak mengandungi minyak sepenuhnya.

Muka ni bukan senag nak di jaga. Tapi yang paling susah jaga ialah kulit pada bahagian mata. Sebab lapisan kulit nipis. Kalau nipis senang berkedut, mudah menyerap minyak kalau kita pakai skin care yang oily. Walau bahagian mata susah nak dijaga, tapi bahagian mata lah anugerah yang tercantik pada muka. 

 "Dari kerana mata.. yang mempunyai kuasa..oohh.aku tergoda..aku tergoda terkecewa"(siap ada lagu lagi untuk mata)

Nak bagi mata cantik, kita tonyoh dengan eye liner, maskara, eyeshadow segala bagai. Kesia kat mata kita. So, bagi la mata kita pakai skin care yang sesuai supaya ia sentiasa cantik.

Mel ada jumpa skincare yang oil-free ni.

Jom cuba, make up remover yang super dahsyat ni. Presenting:

Mary Kay Oil-Free Eye Makeup Remover

botal dia besar tau. Boleh pakai bebulan-bulan :)


For sure
 Mary Kay Oil-Free Eye Makeup Remover
ni oily free dan diperkaya dengan vitamin E dan collagen. Sesuai untuk mengelakkan pertumbuhan oilseed. Memang baik untuk buang make up muka, eye make up, dan sangat powerful untuk membuang waterprof maskara yang sangat degil tu. Membuang make dengan lembut sekali. Best taw sebab sangat selesa dipakai. Boleh dipakai untuk bibir sekali. Yang penting siap ada collagen lagi uoollls..supaya mata nampak muda hehehe..

Sekarang ni mel dah suruh kakak mel pakai product nih. N mel tak sabar nak tengok hasil nye nanti..Feeling teruja sangat.. hehehe

Sesiapa yang berminat dan ingin mencuba boleh hubungi mel untuk keterangan lanjut. Kita boleh try product Marykay ni.


Ok babai..lebiu 


MEL

Independent Beauty Consultant



Call/SMS/Whatsapp/weechat

017-2055985










No comments:

Post a Comment